BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Luv u all~~

Monday, 27 June 2011

Patut baca Note ni....

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..   Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:   Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Thursday, 2 June 2011

Nora Elena Drama

Saper tgk nora elena....??drama yang romantik n sweet..setiap kali aku tgk kompen senyum sorang....best n layann....


Paling suka bila tgk watak Ahmad Seth Tan la...romantik..mana nak cari laki romantik camtu...boleh di katakan perfect la..tapi biasa la lakonan memang perfect...susah la nak dapat lelaki mcm Ahmad Seth Tan tu...bertuah Siti Solehah dapat berlakon dgn Aaron Aziz yang ensem lagi tahhh tu...hehehe...

Setakat ni belum pernah satu episod pun aku miss...hahaha...excited la konon2 nyer2...agak2 apalah penyudahan citer ni....xkan sepanjang citer seme sweet..mesti ada2 part yang sakit hati....hehehe 
Apa2 pun kena tgguuuuu....cauuuu!


Monday, 30 May 2011

HOT FM


nak promote ckit..saper yang nak i-pad tu rajin2 lah like page hotfm....boleh memang ipad dan wang 10k....lebih lanjut lagi leh pergi ke link ni : http://www.hotfm.com.my/klik1jutalike/

cepat2 saper yang nak duit n ipad tu...hehehe...mana tau ada rezeki kita.merasalah kita pegang ipad...xdapat ipad wang tunai pun jadi la wat beli susu anak2...hahaha....ok cauuuu

Sunday, 29 May 2011

Kek Karamel...LOzat!!



Resipi Kek Karamel
Bahan-bahannyer:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas 
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D) Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C) 
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

P/s:resepi ni dari myfriend...dia memang pandai bab2 kek ni..tapi xpastilah dia ada jual ker x..yang penting memang lozatt..hehe

Thursday, 26 May 2011

Kejadian Tanah Runtuh

Pic ni di ambil sebelum berlakunyer kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah Al-Taqwa, Hulu Langat,Selangor...yang pilu nyer melihat nasib yang anak-anak kecil2 di depan tu..sama sebaya ngan anak-anak aku jer...kejadian yang mengorbankan 16 nyawa ini betul2 la menyayat hati...kat bawah ni nama-nama mereka yang telah kembali kepada-Nya:
Mohd Kamarul Amizan, 11,
 Nurahimi Rosdi, 14
 Dzahir Haziq M. Muin, 11
 Ahmad Lokman Hakim, 11
Farid Ibrahim, 34
 Mohd Azrel Azahari, 
Wan Ahmad Hasril Hazim, 19
Zahid Assawal Zamri, 19
 Mohd Mustakim Mamat, 12
 Mohd Naerzein M. Nor, 8
Mohd Aiman Abdullah, 10
Shahrul Nurimran Adnan, 9
Mohd Zaim Azahawi, 14
Mohd Imal Fahad, 9
Mohd Riezman Ab Latif, 9
Mohd Hazim Sapri, 10
Al-Fatihah..Semoga roh mereka di tempatkan dia kalangan org-org yang beriman...Amin