BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Luv u all~~

Monday 30 May 2011

HOT FM


nak promote ckit..saper yang nak i-pad tu rajin2 lah like page hotfm....boleh memang ipad dan wang 10k....lebih lanjut lagi leh pergi ke link ni : http://www.hotfm.com.my/klik1jutalike/

cepat2 saper yang nak duit n ipad tu...hehehe...mana tau ada rezeki kita.merasalah kita pegang ipad...xdapat ipad wang tunai pun jadi la wat beli susu anak2...hahaha....ok cauuuu

Sunday 29 May 2011

Kek Karamel...LOzat!!



Resipi Kek Karamel
Bahan-bahannyer:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas 
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D) Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C) 
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

P/s:resepi ni dari myfriend...dia memang pandai bab2 kek ni..tapi xpastilah dia ada jual ker x..yang penting memang lozatt..hehe

Thursday 26 May 2011

Kejadian Tanah Runtuh

Pic ni di ambil sebelum berlakunyer kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah Al-Taqwa, Hulu Langat,Selangor...yang pilu nyer melihat nasib yang anak-anak kecil2 di depan tu..sama sebaya ngan anak-anak aku jer...kejadian yang mengorbankan 16 nyawa ini betul2 la menyayat hati...kat bawah ni nama-nama mereka yang telah kembali kepada-Nya:
Mohd Kamarul Amizan, 11,
 Nurahimi Rosdi, 14
 Dzahir Haziq M. Muin, 11
 Ahmad Lokman Hakim, 11
Farid Ibrahim, 34
 Mohd Azrel Azahari, 
Wan Ahmad Hasril Hazim, 19
Zahid Assawal Zamri, 19
 Mohd Mustakim Mamat, 12
 Mohd Naerzein M. Nor, 8
Mohd Aiman Abdullah, 10
Shahrul Nurimran Adnan, 9
Mohd Zaim Azahawi, 14
Mohd Imal Fahad, 9
Mohd Riezman Ab Latif, 9
Mohd Hazim Sapri, 10
Al-Fatihah..Semoga roh mereka di tempatkan dia kalangan org-org yang beriman...Amin


Wednesday 25 May 2011

Perlu ker Nak tukar Jantina...? aduhaiii manusia2

Mohd Ashraf Hafiz

KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan. 
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.
Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama. 
Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand. 
Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan. 
Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung. 
“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya. 

P/S:Credit to Berita Harian Online .. ok cauuu!!

Ya Allah,Ya Tuhanku...ampunilah dosa2 ku...ampuni la dosa kedua ibubapaku...kau tunjukkanlah aku ke arah jalan yang benar....kau berikan la aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini..kau panjangkan lah umur ku,umur kedua ibubapaku,anak2 ku...murah kan lah rezeki ku...berikan la aku pertunjuk ke arah jalan yg benar dan jalan yang di redhai mu Ya Allah...aku banyak melakukan dosa2 besar Ya Allah...Kau berikanlah aku hidayah dan cahaya...Kau temukan lah aku dgn seseorang yang boleh membimbing ku dan anak2..Kau jadikan anak2 ku,anak yang soleh dan solehah...Kau berikanlah keampunan kepadaku....YA ALLAH,Ya Tuhan ku yang pemurah lagi maha mengasihani....Amin Yarobbal'alamin......

Tuesday 24 May 2011

Nak Promote Ckit...




apa pendapat korang bila tgk pelamin n decoration ni seme..cantik kan??ni adalah hasil tngan member saya sendiri...saya memang minat sgt2 dgn dia punya hasil tgn...memang berpatutan sgt la dgn harga nyer...ini juga merupakan pelamin impian saya.tapi apakan daya pelamin anganku musnah..so kalau korang yang berminat dgn hasil tgn dia yg halus ni.korang leh la contact tuan empunya badan....WANGI SAFARI : 0136211137. 
decoration pelamin yang dia hasilkan memang terbaik pernah saya tgk..kalau xsilap saya dia juga sertakan full package,bukan pelamin sahaja,komplete dgn make up,door gift,meja makan,blik pengantin n mcm2 lagi la...ok la cauuuu!!

Wujud nyer Blogku ini...;)

Hi & salam anyone.......nak story mory ckit ttg blog ni..blog aku wat coz kebosanan yang amat sangat kat opis ni...aku busy time pagi jer...petang lak dah free cam biasa...bespren aku kat opis ni ada lah PC ni la..tempat aku chat ngan kawan....selalu gak masuk chat room coz terlampau bosan..masuk chat room biasa la jumpa plak dgn bermcm ragam org..paling aku xsuka yang suka cakap yg bukan,noty2 r...erkkk so bad.selalu org2 mcm ni awal2 lagi aku dah block dia...nasib la.kat rumah lak bespren aku,anak2 la..saper lagi.hehehe...aku ni jarang OUTING.banyak dduk umah jer...takde member bese la...kalau ada member best jer OUTING.dlu kerja tempat lama selalu OUTING coz ramai pren..tapi kerja tempat baru ni,xder pren pun...keliling aku semua chinesse so PC jer la bespren aku yang mehubungkan aku dgn org lain..hehehe.nasib la company bg kelonggaran untuk guna internet.klu x mati kutu la aku.....blog ni xla cantik sgt..tapi sedap la mata memandang.(padahal xpandai nak touch up)hahaa..apa2 pun aku akan try masuk kan info semasa tuk org baca..sama ada best di dgr or tidak...hehee...ok caaauuu!!



Isteri paling mudah masuk syurga jika...


P/S:NOTE INI SAYA COPY DARI MY FRIEND UNTUK TATAPAN KITA BERSAMA....BUKAN UTK ORG LAIN TAPI UNTUK SAYA JUGA...INSYA-ALLAH

Jika ditanyakan kepada sesiapa pun jua di dunia ini, tidak ada yang menafikan keinginan untuk masuk syurga walau hakikatnya ramai yang tidak tahu apakah itu syurga yang sebenarnya. Yang diketahui ialah syurga adalah satu tempat yang indah dan membahagiakan lantaran itulah wujud beberapa tempat yang disogokkan sebagai syurga dunia. Sebagai kaum wanita Muslimah, kita seharusnya bersyukur kerana Islam menjanjikan bahawa sebagai seorang isteri, kita adalah makhluk yang paling mudah masuk syurga. Bagaimana? Hanya dengan melakukan dua perkara iaitu pertama, mentaati Allah dan Rasul dan kedua, mentaati suami. Mudahkan? Hanya dua perkara tetapi dua perkara yang mudah inilah paling sukar untuk kita lakukan.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang pelik, kenapa tiba-tiba saya timbulkan topik perbincangan sebegini. Sebenarnya, saya ingin sedarkan diri saya dan diri para pembaca semua terutamanya kaum wanita tentang siapa kita sebenarnya. Mungkin selama ini, penulisan saya rata-rata memperkatakan tentang wanita yang dianiaya dan menjadi mangsa. Namun, kali ini saya ingin bangkitkan tentang sikap antara kaum wanita yang semakin hari semakin lupa siapa dirinya yang sebenarnya.

Sejak akhir-akhir ini saya sering menerima emel daripada para suami yang menceritakan perihal isteri masing-masing yang bersikap jelek, curang, kasar, biadap, tidak menghormati suami… berbeza sekali dengan sikap wanita yang terkenal sebagai makhluk yang lemah lembut dan penyayang. Malahan satu emel yang agak mengejutkan saya, pengakuan seorang isteri tentang kecurangannya kepada si suami. Saya akui wanita ini berani dan jujur kerana mengakui kesalahannya dan syukurlah hidayah masih terbuka untuknya. Tetapi, yang menjadi tarikan saya untuk membincangkan topik ini ialah, kenapa wanita kita kini jadi makin liar… tiada lagi rasa kasih apatah lagi simpati?

Apakah ini yang kita perjuangkan selama ini? Ingin mendapatkan hak kesamaan antara kita dan kaum lelaki hatta menumbangkan segala kebanggaan sifat kasih sayang dan lemah lembut yang ada di dalam diri? Demi sebuah impian yang belum pasti yang ingin kita kecapi, wajarkah kita abaikan pengorbanan insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai kita selama ini? Patutkah kita rosakkan masa depan anak-anak yang kita lahirkan ke dunia ini demi mencapai kepuasan sendiri?

Sungguh, saya rasa amat sedih bila mengenangkan semua ini. Kenapa perlu kita rosakkan segalanya apabila kaum lelaki merelakan kita menyaingi mereka secara sihat? Jika dahulu wanita hanya betah di dapur tapi kini wanita sudah berada di angkasa raya. Jika dahulu wanita hanya menghayun buaian tetapi kini tangan wanitalah yang menggegarkan dunia. Tidak cukupkah semua itu? Perlukah harga diri dan maruah kita dicemari kerana status kita yang lebih gah kini?

Ingatlah kaum wanitaku semua, walau siapa pun kita… walau apa juga jawatan yang kita pegang… walau apa juga gelaran atau bintang yang kita perolehi… selagi kita bernama ibu dan isteri, selagi itulah kita perlu hormat, taat dan cintakan suami sepenuh hati. Bukannya sekadar cinta di kala suami berharta tetapi cinta sepanjang masa… di waktu senang juga di masa susahnya. Ya, saya tahu tugas menyara keluarga terletak di bahu suami tetapi dah nama sebagai isteri dan rakan kongsi suami, kita wajar membantu suami di kala suami susah dan menghadapi masalah kewangan dan segala masalah lainnya.

Bukannya bererti apabila tanggungjawab nafkah adalah di bahu suami dan apabila suami menghadapi masalah menunaikan kewajipannya itu, kita harus angkat kaki ataupun mencari lelaki lain sebagai pengganti. Inilah antara kes yang diadukan kepada saya sejak akhir-akhir ini. Sewajarnya, apabila keadaan ini terjadi, kita sebagai isteri menghulurkan bantuan dan sokongan kepada suami. Bantu selagi daya, sokong segala cara.

Ya… mungkin ada yang bimbang jika bantuan yang diberi disalahgunakan oleh suami. Risau jika sokongan yang dihulur, disalaherti pula oleh suami. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, rekodkan setiap perbelanjaan yang kita hulurkan demi bantuan dan sokongan tersebut. Simpan segala bukti, insyaAllah, bukan meminta tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di belakang hari, kita dah cukup pertahanan diri.

Ingatlah kata-kata hikmah… di belakang seorang lelaki pasti ada seorang wanita… apa ertinya? Ertinya kita sebagai isteri merupakan penyokong kuat suami kita. Suami memerlukan sokongan kita sepanjang masa. Sukar bagi seorang lelaki untuk berjaya tanpa mendapat sokongan isterinya. Ya… memang perit dan payah tambah lagi apabila segala pengorbanan sukar dihargai tetapi ingatlah… kerana kita wanitalah maka kita ditakdirkan sebagai isteri kerana hanya wanita yang mempunyai ketabahan hati dan kesabaran yang tinggi berbanding lelaki. Kerana itulah juga, betapa mudahnya kita mendapat jaminan 

syurga, berusahalah!!!!

Monday 23 May 2011

Budak lemas dalam kereta

MACHANG: Seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak mengikuti bapanya, Ketua Pengawal Keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu, Ishak Salleh, 50, yang diamanahkan untuk mengusung jenazah.

Ishak berkata, dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengusung jenazah, beliau tidak sedar tertinggal anaknya dalam kereta kerana menyangka Nur Izyan Natasya sudah keluar mengikuti saudaranya.
“Saya sangka, dia sudah naik ke rumah sepupu yang berdekatan dengan kereta. 
“Ketika di tanah perkuburan, tergerak di hati ingin tahu di mana anak saya berada. Saya menyerahkan kunci kepada seorang penduduk untuk melihat apa yang berlaku dalam kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, dekat sini, semalam. 

Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, tidak menduga kesungguhan anak bongsu enam beradik itu mengikut bapanya ke tanah perkuburan adalah kali terakhir untuknya melihat Nur Izyan Natasya. 

“Sikapnya yang terlalu riang itu mungkin petanda mahu meninggalkan kami sekeluarga. Saya difahamkan, Nur Izyan Natasya menangis dalam kereta kira-kira 45 minit sebelum disedari penduduk. Mereka kemudian memaklumkan adik ipar saya, Che Mas Mohd Salleh, 55, yang ketika itu berada di rumah keluarga sepupu yang meninggal dunia,” katanya sebak selepas doktor mengesahkan anaknya meninggal jam 12.15 tengah hari. 
Sementara itu, Che Mas berkata, beliau bergegas mendapatkan Nur Izyan Natasya yang berada di tempat duduk kereta berkenaan dan cuba memecahkan cermin kereta itu. 

“Namun, ada penduduk kampung sempat mengambil anak kunci daripada Ishak. 
“Saya membawanya ke Klinik Wakaf Bharu sebelum ke Hospital Kelaboran, Tumpat, tetapi doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat lemas,” katanya. 


CREDIT TO BERITA HARIAN ONLINE
P/S:PERHATIKAN LA ANAK2 ANDA DAN MEMANTAU MEREKA WALAU DIA MANA ANDA BERADA

Sunday 22 May 2011

Kenali Anak Kita

Perangai anak kita berbeza. Sebagai ibubapa pasti mengharapkan anak-anaknya bersopan santun. Apatah lagi berhadapan dengan orang lain. Adakah kita benar-benar mengenali akhlak sebenar anak kita? Bagaimana cara kita mengenali akhlak yang benar dan akhlak yang direka-reka dihadapan kita?


Jika kita lihat hadith nabi saw, sudah jelas Baginda memberikan panduan di dalam sebuah hadith :

“Perumpamaan sahabat yang baik dan jahat ialah seperti pembawa minyak wangi dan si tukang besi. Adapun si pembawa minyak wangi itu, kamu akan dapat wanginya jika dia berikan kepada kamu, ataupun kamu beli darinya ataupun kamu akan terkena baunya yang wangi. Manakala, si tukang besi samada baju kamu berlubang kerana terkena percikan api ataupun bau yang tidak menyenangkan terkena pada kamu”

Hadith di atas menunjukkan bahawa sahabat yang baik akan dapat memberikan kebaikan kepada sahabatnya yang lain. Begitu juga sebaliknya. Jika sahabat kita dari kalangan orang yang suka melakukan kejahatan, kelak orang bersahabat dengannya akan terkena percikan kejahatan sahabatnya.

Kesimpulan ringkas, BERKAWAN DENGAN BAIK, KITA MENDAPAT KEBAIKANNYA manakala BERKAWAN DENGAN SI JAHAT, KITA TERKENAL DALAM KELOMPOK SI JAHAT.

Dr. ‘Aid AlQarni pernah mencatat bahawa antara cara kita mengenal akhlak sebenar anak kita ialah melalui mengenali sahabat karibnya. Atau kita sebut sebagai BEST FRIEND. Jika sahabatnya tadi seorang yang suka dengan permainan video, anak kita tidak mustahil adalah penggemar minat yang sama. Begitulah seterusnya, jika sahabat baik anak kita kaki bola, anak kita adalah dalam kelompok kaki bola. Jika anak kita pula bersahabat dengan ulat buku, anak kita bolehlah dikategorikan di dalam kelompok anak-anak yang minat membaca.

Cuba anda selidiki siapakah rakan yang paling rapat dengan anak kita. Kita pasti menemui jawapannya.

note : Artikel ringkas ini kerana terlalu bimbangkan moral dan akhlak sebenar anak kita terutama yang masih berada di bangku persekolahan. Artikel ini juga ditujukan kepada ibubapa yang sangat percaya 100 peratus dengan anak-anaknya di rumah seperti malaikat sehingga tidak mempercayai langsung laporan dari guru sekolahnya bahawa anaknya berperangai sebaliknya!

dikutip dari: http://mesrarakyat.wordpress.com/page/5/

Salam Ukhuwah..~

Acid Splasher


SHAH ALAM PEOPLE BEWARE!Today: 815PM : Pls BE ALERT All my friend! The Acid Splasher is around Shah Alam! 1 person got splashed! Around PKNS complex Shah Alam. Pls Be alert!Today: 930PM: It seems tht sum1 just got splashed with acid around SUMMIT area just recently.Send this to your ♥ ones in Subang/Shah Alam. Acid splasher on the run......!Motor EX5 No : MAC1841 & WPV4963



DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe

Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!N LEBIH MENGEJUTKAN LAGI AKU BARU PAS MAKAN KEK SECRET RECEPI TADI,CELEBRATE BEFDAY MY FRENG...DAMN SH8!!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011


Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
TO'KI : DAH TAK PAYAH MAKAN KEK KE ROTI LAGI KOT, BAIK MAKAN NASI LEMAK JE!

COPY FROM & CREDIT TO BLOG PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA!!

Saturday 21 May 2011

The Archies (Sugar, Sugar) Lyrics

Sugar, 

Oh, Honey Honey. 

You are my candy girl, 

and you got me wanting you. 
Honey, 
Oh, Sugar, Sugar. 
You are my candy girl 
and you got me wanting you. 



I just can't believe the loveliness of loving you. 

(I just can't believe it's true). 

I just can't believe the wonder of this feeling too. 
(I just can't believe it's true). 



Sugar, 

Oh, Honey Honey. 

You are my candy girl, 
and you got me wanting you. 
Honey, 
Oh, Sugar, Sugar. 
You are my candy girl 
and you got me wanting you. 



When I kissed you girl, 

I knew how sweet a kiss could be. 

(I know how sweet a kiss can be) 
Like the summer sunshine 
pour your sweetness over me. 
(Pour your sweetness over me). 



Oh pour little sugar on me honey (sugar) 

Pour little sugar on me baby (honey honey) 

When you make love so sweet (Yeah Yeah Yeah.) 
Pour little sugar on me (oh yeah) 
Pour little sugar on me honey 
Pour little sugar on me baby 
I'm gonna make love so sweet (hey hey hey) 
Pour little sugar on me honey. 



Ah sugar. 

Oh honey, honey. 

You are my candy, girl, 
and you got me wanting you. 



Oh honey (honey, honey, sugar, sugar) 

Sugar, sugar 

You are my candy girl.

my peberet song..time bosan2 n xder kerja.lagi ni selalu ku dgr...hehehe

Life Is Difficult

http://www.community4me.com/pecktribute.html

This is a great truth, one of the greatest truths. It is a great truth because once we truly see this truth, we transcend it. Once we truly know that life is difficult--once we truly understand and accept it--then life is no longer difficult. Because once it is accepted, the fact that life is difficult no longer matters.


By M. Scott Peck from The Road Less Traveled

YEAAHHH

BARU SAHAJA HABIS TRAINING ACCOUNTING SKILLS WITH NEW FRIEND.NOW BOLEH IMPROVED KAN DIRI TO BE BETTER.INSYAALAH